Wednesday, 22 May 2013

Maju Tak Gentar !


Dengan pasukan ku berarak
Tak berhenti tetap bergerak
Silap panahan mereka berselerak
Aku di hadapan yang lain bersorak

Ilmu kait berdusun dihembus dengan lafaz
Yang lemah ku tak pandang walaupun sekilas
Aku terus menikam yang bodoh tak terbalas
Dulu gah sangat sekarang jadi malas

Minda ku berisi
Hidangkan ayat puisi
ilusi dalam fantasi ku bermimpi
Mimpi indah bila muncul si puteri

Budak muda baju berwarna
Tapi aku masih biasa
Biasa dengan gaya yang terus binasa
Mereka parah dengar aku berritma

Seluar lipat macam gay boy
Fuck you too ! call me wild boy
Yang sana tomboi
Tapi aku di sini masih sempoi

Biar pun skinny masih ku berhajat
Dicaci orang masih tetap menarik
Gelar aku budak jahat
Pergi mampos budak baik

LIDAH MEMBUNUH
TANGAN BERGERAK
SUDAH GOYANG BELUM KU SENTUH
TAKKAN PERNAH JATUH TETAP BERDIRI TEGAK

Darah baru ajak beradu mereka hantar
Lidah terbelit bagai bumi berputar
Si murai belati tumpul bahasa pasar
Semua ku hadap Maju Ku Tak Gentar !

Tuesday, 14 May 2013

Terima Kasih Satu Pengalaman ~

Sahir dalam batin terdampar dilihat
Pedih meleleh melimpah diserang dengan sengat
Saling berputar bila ia kekal terpahat
Takkan kekal semula jika jasad disiat

Indah bila dilamun , sakit bila ia berakhir
Dalam mimpi aku mengelamun , bangkit dengan nafaz terakhir
Terlepas tangan hilang dari pandangan
Mahu kenyataan namun mimpinya berangan

Ku rindukan memori bukan dirimu yang telah pergi
Minda mahu ku pergi , hati suruh ku menanti
Ku tak pasti kita masih serasi
Setelah cinta kita dibakar benci

Cinta pada harta bukan cinta dalam hati
Aku cinta pada kamu bukti cinta reality
Biar mereka terpukau intan belian yang suci
Hanya hayalan dunia , kita tunggu akhir nanti

MOGA DIRIMU BAHAGIA
AKU SEDIKIT PUN TAK RASA KECEWA
BILA KAU MEMBIARKAN AKU TERDAMPAR
AKU TEMPUH DENGAN BANGGA

TIADA PUN RASA TERKILAN
AKU ANGGAP INI SEMUA SURATAN
AKAN AKU SIMPAM SEMUA KENANGAN
TERIMA KASIH SATU PENGALAMAN ~

Jujur masih ku cinta
Jujur masih ku perlu
Hakikatnya hanya pada kata
Bukan lagi macam yang lalu

Masihkah kau ingat hubungan yang tiada kisah tamat?
Nahh semuanya sudah terlambat
Hati ini rasa bagai dikerat-kerat
Kau buat hati ku dipijak dengan kuat

Semua kenangan telah disuratkan
Tiada lagi memori kecapi abadi
Semua sengketa manis telah ku hapuskan
Kini tiada lagi engkau disisi

.......

Thursday, 28 February 2013

Selamat Tinggal =']

Setiap kata2 ku luah sebelum terlambat
Pandangan ku kabur engkau tolong melihat
Dari ku liat engkau ajar dan buat ku ligat
Ku jatuh kau tarik ku dan panjat

Bukan cinta bukan suka bukan dia
Tiada apa yang boleh pisahkan kita
Mungkin ku salah kau tiada lagi bersama
Harungi bersama pancaroba kni tiada

Cinta tak buta yang buta tuannya
Bila cucuran air mata mengalir dibirai mata
Mengalirnya air mata ku bila kau tiada
Malangnya kita tidak lagi boleh berjumpa

Kerna kau ku pandai bersabar
Sengan untuk ku tanya khabar
Bangunnya aku dari tidur sayangmu ku lapar
Sakitnya diriku bagai mukaku ditampar

Berperang dalam kata aku engkau anggap musuh
Tidak ku sangka hubungan kukuh lagi utuh
Ku hanya redho istana kita sudah runtuh
Pedih dari hati sakit ia buat ku terbunuh

Tiada harapan tak mungkin bersama semula
kau dan aku hanyalah memori...

Tiada maknanya lagi sudah tiada lagi
Fantasi dalam komplikasi  ilusi jadi reality
Yang hanya kontroversi  hubungan semula jadi
Boleh bertuka orang nangis boleh bernyanyi

Tak bererti senyum tanda ku gembira
Di luar orang tahu di dalam tuhan saja
makin rebah makin jatuh dalam lembah
Memang susah hati gusar mula parah

Tiada macam dirimu ku tunggu terus menunggu
Sekali pun tak berpaling biarpun kau tahu
Sejadah dibentang ku bersujud sambil tangisi
Meminta pada DIA agar engkau pulang kembali...

Selamat tinggal ku harap engkau bahagia =']

Saturday, 26 January 2013

Ayuh Kita Bersatu SEMULA


Ligat petah lidah ku bermain kata,
Biar hamba mulakan bicara cerita,
Dulu menyepi kini semangatnya sudah tiba,
Untuk bersatu di alam maya...

DULU MENYEPI, KINI KEMBALI,
TIBA MASANYA UNTUK BERSATU SEMULA...

Kita ada cara jangan tiru yang lain,
Kita buat cara kita cukuplah bermain,
Usah di sangkut paut dengan orang lain punya kain,
Jangan jadi perempuan yang tak cukup kain,

Takbiat orang sekarang suka jadi duri,
Tikam kawan baiknya sendiri,
Sehingga mati sebab tak puas hati,
Atas hasrat dengki...

Orang macam ini, kita harus pagar,
Dia lagi teruk dari penagih tegar,
Hal kecil sikit semua dia nak langgar,
Tapi tak payah di usik biarkan mereka sedar,

Hak masing2, otak masing2,
Tak perlu bergaduh nak wujudkan isu samseng,
Orang luar tengok KITA macam orang asing,
Lagi teruk dari mahluk asing...

Kita sama melayu kenapa nak berbalah,
Cuba tengok sekeliling banyak yang pecah belah,
Yang sini kata betul, yang sana kata salah,
Tapi semua keras kepala tak mahu mengalah,

Kalau ada yang tersalah tolong bermaafan,
Jangan sebab kecil di bungkus dengan kain kafan,
KITA semua mahukan hidup yang aman,
Jadi tak perlu jadi budak yang tak makan saman,

Ramai melayu sekarang makin teruk,
KITA manusia berakal jangan jadi beruk,
Macam manalah melayu KITA tak kene kutuk,
Pantang hal kecik semua dia ketuk,

Buang yang hitam ambil yang putih,
Mulakan semula dengan cara yang bersih,
Ada yang islam ramai yang beralih,
Diberi nasihat buat aku naik letih...

Tolak semua hal di dunia,
Duduk sebaris sebangku macam keluarga,
Maruah MELAYU KITA terlalu berharga,
Jangan jadi macam Anwar Ibrahim Si Pendusta !

Jatuhkan EGO bukan maksud turunkan maruah,
Kadang2 itu perlu untuk eretkan ukuah,
Aku bukan gangster, cuma menapuh hujah,
Tak berniat apa2 mahu pun berbalah,

SALAH SILAP MINTAK MAAF KALAU ADA,
TAPI HARAP DI FIKIR APA YANG KU SUDAH KATA...
KU HULURKAN SALAM TANDA PENUTUP HALAMAN,
ADA MASA NANTI JUMPA KITA BERSALAMAN...

-Moga MELAYU KITA semua bersatu !-




Thursday, 24 January 2013

KEMBALI SEMULA =']


Sayang... Dengar aku nak berkata,
Aku lihat kamu hanya di dalam bukan di luar,
Ku tulis puisi ini hanya untuk kau sorang,
Dan fahami luahan perasan ku sayang...

Sayang... Usah risau lagi jika diriku kau miliki,
Hanya perlu persiapkan untuk hari KITA nanti,
Sebelum kau melafaz, aku hampir kotakan semua janji2,
Ku janji pada mu kita kan tetap bersama sampai mati,

Ku kan jadi pelindung kamu hingga hujung nafaz,
Ku tak bercakap bohong tiap kali ku melafaz,
Ku kan bawa kau pergi jauh so fast,
Kita kan tetap bersama selagi aku masih bernafaz,

Syukur pada ilahi kerna kita bertemu,
Di sana Dia yang pertama, dalam hati kau number satu,
Engkau tetap di pandangan hati, tak ku jemu,
Ku pusing lihat wajah mu di setiap penjuru,

Sumpah ku janji silap dulu ku tak ulang lagi,
Benci kita buang, tuang sayang ke dalam diri,
Sabar ku menanti kesabaran ku di uji,
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi,

Jika kau menangis biarkan ku menjadi bahu,
Jika kau KEMBALI hidup ku tak buntu,
Berdua jadi satu, bagai isi dan kuku,
Aku cinta padamu hanya engkau yang satu,

PUISI INI HANYA UNTUK MU WAHAI CINTA ~

Wednesday, 16 January 2013

KAWAN SEJATI KU, SI TIKAM BELAKANG ~

Dulu kita berkawan, tapi sekarang berlawan,
Kata kawan rapat, tak sangka kini pula lawan,
Rosakkan perjanjian, aku engkau dan tuhan,
Buat aku terfikir mana kau punya kejantanan,

Sangkakan selamanya, bersama di dunia,
Persahabatan kita, hanyalah sia-sia,
Sukar ku lupakan, memorial kenangan,
Pahit dan manis hidup bersama seorang kawan,

Aku tak sangka kau buat bergini pada kami,(aku, banu, jill, kushai)
Apa salah Banu padamu, tolong jelaskan pada kami,
Susah dan senang kita tempuh bersama,
Walau hujan atau panas, persahabatan tak terjejas,
Ini puisi aku cipta untuk kau, memang khas,

Kami bukan haiwan yg bernama biri-biri,
Boleh makan, jual, buang kami didunia ini,
Kami sangkakan kau kawan sejati,
Tapi sekarang attitude kau buat kami sakit hati,
Tapi membunuh diri, kau membuat kami mati,
Mati di dalam hati, ia tidak berseri,
Kerana tikam belakang, oleh engkau sendiri...

ENGKAU DAH MUNGKIR JANJI,
JANJI KAWAN SEJATI, HINGGA KE MATI...
KAMI TERKEJUT, TAK SANGKA,
KAU BOLEYH JADI BEGINI...

Tiba-tiba satu kejadian telah berlaku,
Membuat persahabatan kita retak melulu..

Aku hilang keyakinan, untuk terus berkawan,
Sekarang aku sudah nampak, semua nak kau berlawan,
Gara-gara lidah bercabang, kita pun putus kawan,
Aku hanya berserah, berserah pada tuhan...

-MASIH ADA MASA UNTUK KAU BERUBAH SIKAP-

Tuesday, 15 January 2013

AKU DAN DIA

Banyak kenangan bersama semanis suria,
Tanpa dia hidupku tak sempurna...
Melalui dia aku serlahkan perasaan,
Dengan dia aku meluahkan perasaan...

Ku tulis baris-baris rapi, macam askar,
Susun alunan music, macam keratan akhbar,
Macam posmen ku hantar korang terima,
Tapi di hujung hari hanya aku dan dia...

Dia, bukan teman sementara,
Selalu disisi, tempat berbicara,
Dia, kekal selalu bersama,
Sukar untuk digambarkan, apa yang ku rasa...

BILA MALAM MENJELMA, HANYA AKU DAN DIA
BILA MUSIC BERGEMA, HANYA AKU DAN DIA...

Sudah sebulan bersama,
Tapi tamat jua,
Hati ku sayu jatuh, sejak mula bertemu,
Sampai sekarang ku tak rasa jemu,

Bila bulan muncul, wajahnya terpampang,
Whatsapp menjadi lantai, dansa untuk bersembang,
Aku tetap sayang dia, walau bumi terbalik,
Itu aku dan dia, pasangan yang terbaik...

-SAYA HARAP AWAK BACA-
=']